Sunday 15 May 2011

takdir dan waktu

semalam saat aku melangkah masuk ruang legar KLIA sekembalinya dari Korea, tiba-tiba sayu je rasa hati ni.

16 mei 2011

Hari ini sambutan hari guru. Teringat jasa guru-guru ku. Apa khabar agaknya mereka. Rasa nak sambut kemeriahan hari guru dengan teman-teman guru yang lain. Tapi, bagaimana yea?

Tuesday 10 May 2011

cinta

'Lucky is the man who is the first love of a woman, but luckier is the woman who is the last love of a man.'

Cinta pertama
- memang benar kata orang cinta pertama sukar dilupai.
Kini aku percaya dan amat yakin. Bagaimana mungkin aku bisa melupakan kamu. Kau adalah cinta pertamaku. So, you are that lucky man yang menjadi cinta pertama seorang wanita. Jauh di sudut hati, ingin ku dekati kamu.. untuk mengetahui siapa wanita bertuah yang menjadi cinta terakhir mu. Bertuah dia kerna bisa memiliki hatimu seluruhnya.

Monday 9 May 2011

kenangan itu...


Apa masih kau ingat pena yang pernah kau beri pada ku dulu. Katamu, simpan pena ini dan jagai serta hargainya seperti aku menjaga nyawaku... dan andai aku sudah tidak bisa menjagainya lagi, pulangkan....

Kau tau, ia masih utuh ku simpan bersama diari yang menyimpan semua memori yang pernah kita lewati bersama. Saat suka duka, semuanya masih ada di situ.. Kenangan itu tak pernah lekang dari hemisfera ingatanku. Terlalu sukar untukku lenyapkannya.

Pernah suatu ketika, aku nekad meninggalkan tanahair ini, niatku cuma satu... biar kenangan kita terbenam di setiap lautan yang aku rentasi.. Ternyata semua itu sia-sia belaka. Malah kau dan memori kita makin kuat melekat.. Sepiku semakin parah menyelinap masuk di setiap urat sarafku...

 Makin jauh aku pergi semakin dekat memori itu menghampiriku... akhirnya aku pasrah dengan semua ketentuan ini. Aku kembali lagi ke sini menyelesaikan amanah-amanah yang di pertanggungjawabkan. Itulah jalan terbaik barangkali.. Apa guna menghindar dan lari dari kenangan sedang ia sudah menjadi sejarah dan sejarah tak mungkin dapat di ubah... lainlah kalau andai dapat ku undur masa...

Langkah-langkah yang ku bawa adalah langkah kecewa dan aku belum pasti perhentiannya. Terkadang hatiku rindu, pada kemesraan dulu yang pernah kita jalinkan waktu bersama... Walau jelas dan terbukti semua ini takkan bakal terulang... tapi aku masih merindu masa-masa itu.. bodohnya aku.

sepi itu indah_1


Apabila semuanya serba tidak kena, dan kita tidak tahu apa lagi yg hendak dibuat,ingatlah.. 
kita masih boleh bersandar kpd Dia Yang Maha Mengasihi


Apabila hidup dselubungi kegelapan,semuanya silap ,
carilah sinar itu dari Dia Yang Memberi Cahaya


Apabila dibelenggu masalah sedangkan tiada sesiapa pun yang mahu mengambil kisah,
ingatlah pada Dia yg tidak pernah melukakan hatimu. Dia Yang Maha Adil


Apabila hati terluka dan kesakitan itu menumbangkan kudratmu, 
jangan berputus asa kerana Dia melihat segala-galanya..


Apabila lemah tidak bermaya sedangkan perjalanan masih jauh perlu diharungi,
carilah kekuatan itu dari Yang Maha Perkasa


Apabila hidup ini dirasakn seperti beban, segala-galanya goyah, 
bangunkan semula kota semangat itu dengan keyakinan bahawa itu adalah iradat-Nya..


Apabila jalan di depan digelapi kelam mendung sedangkan tiada sesiapa di sisi sudi menemanimu, 
carilah jalan lurus itu dari Dia,yang menjadi satu-satunya panduan hidup

Apabila semua orang di sekeliling tidak mahu mendengar suara dan keluhanmu,
jangan kecewa kerana Dia Maha Mendengar


Apabila miskin dan papa,kita terperangkap dalam kesempitan,
ingatlah kepada Dia Yang Maha Kaya..


Apabila kita dalam kedukaan sedangkan tiada tempat untuk melarikan diri,
mengadulah kepada Dia Yang Maha Esa


Apabila keseorangan dan kedukaan itu seperti tiada penghujungnya,
serahkan dirimu kepada Dia..

satu-satunya tempat yang boleh digantungkan harapan nyata.

Apabila parut lukamu dicederakan lagi,hatimu dicakari kebimbangan,
ingatlah bahawa Dia sentiasa bersama orang-orang yang sabar!

Sepi itu indah....

sepi mengajarku erti pengabdian hamba kepada penciptanya.
sepi adalah guru terbaik menyemai erti kesyukuran..kekusyukan..keimanan.. ketaqwaan...

Sepi itu indah... biar ia terus membaluti ruang-ruang kosong itu... hanya mereka yang mengerti keindahannya akan terus membiarkan sepi bertamu di hatinya...... sepi itu indah

Wednesday 4 May 2011

resah

Semalaman tidurku diulit resah lagi. Apa benar kata orang, kalau kita merindui seseorang dia turut sama merindui kita??? Apa mungkin dia masih ingat kisah yang berlalu bertahun yang lalu??? Apa kamu bahagia dengan cerita hidupmu kini???

Setiap hari yang ku lewati, aku cuba membataskan rasa rinduku padamu.. saban waktu dalam solatku, aku terus berdoa padaNya agar aku dikurniakan ketabahan melewati hari-hari ini tanpa kau di sisi. Ku cuba untuk membuang jauh semua kenangan kita, namun semakin itu ia kuat memenuhi ruang-ruang di hatiku. Harapanku cuma satu, dengan mengabadikan kenangan kita di sini bisa mengurangkan luka yang tak pernah mau sembuh. Biar kisah ini tidak dikongsi siapa-siapa, tapi aku puas dengan menulis dapat meringankan bebanan yang selama lebih lima belas tahun ku simpan sendiri...

Langkah yang ku bawa hari, adalah langkah semalam yang penuh duka dan kecewa. Dan perhentiannya belum bisa ku tentukan. Entah siapa bakal sudi untuk menyapa diri..mungkin hanya deru angin..mungkin hanya titis embun... Apa pun ku doakan kau bahagia...

Tuesday 3 May 2011

rindu

Inginku layarkan perkhabaran ini buat mu yang masih aku sayang. Bukan maksud hatiku untuk mengulangi apa yang telah berlalu pergi. Apa yang berlaku, memanglah telah menjadi sejarah.. namun hati kecil perempuanku ini tidak bisa diajak untuk terus memandang ke depan, menoleh ke belakang bukan beerti aku menyesali apa yang telah terjadi. Tapi, kerinduan itu menggamit lagi.. seakan semuanya baru semalam berlalu.

Perkenalan kita... kisah cinta kita...perpisahan... Terkadang aku terkilan bila mengenang tingkahmu dulu. Cepat benar kau berubah... Kau tidak langsung mempertahankan cinta yang kita. Begitu mudah kau nyatakan bahwa itu kehendak orang tua... Bukan mengungkit tapi ....

andai dapat ku undur masa

Mengenali dia mengajarku:
  • erti secebis rindu
  • segenggam harapan
  • segumpal impian
Namun, dia juga telah melemaskan aku di lautan rindu yang tiada horizonnya... Dulu, aku hanyalah seorang yang naif tentang erti cinta. Ku biarkan cinta-cinta yang hadir berlalu pergi tanpa perhatian. Tak ku endah sedikit pun... Kau yang membuka ruang di hati ini untuk mengintai erti cinta, sayang, rindu dan ntah apa-apa lagi. Tapi, tatkala aku mengizinkan dirimu hadir menyentuh hatiku...