Wednesday 2 October 2013

SUBHANALLAH

Kenapa Allah turunkan hujan tatkala matahari masih lagi bersinar?
Sesungguhnya Allah itu maha mengetahui dan bijaksana di atas setiap keputusan yang dilaksanakan.
Begitu jua pabila Allah mendatangkan ujian kepada hambanya.. setiap dugaan itu bukan bertujuan untuk menyiksa hambanNya malah ia akan mendekatkan lagi seorang hamba kepada Penciptanya.

Allah itu maha adil dan bijaksana, dia takkan menguji hambanya jika ujian itu tidak tertanggung oleh hambanya. Kerana kasih sayang Nya maka dugaan itu diturunkan. Kita harus bersyukur dan berterima kasih kerana itu menunjukkan bahawa Allah masih ingatkan kita, menyayangi kita dan berada dekat dengan kita..

Hanya keredhaan akan meningkatkan kekuatan iman.....


Sunday 18 August 2013

sepinya hati

Sepinya hati ini tatkala orang lain bergembira menyambut lebaran.
Sepinya jiwa ini, terasa kosong dan tandus..
Mungkinkah kesepian ini akan bertemu noktah nya?
mungkin kah kekosongan jiwa ini akan terisi?

Monday 15 July 2013

bicara hati

Dalam kita melangkah… Terkadang diuji dengan ujian yang terasa berat, Hingga kita terduduk dan menangis, Peritnya terasa tetapi ketahuilah, Dan renungilah dalam diri kerana… Mungkin air mata tika itu hadir kerana… Dia mahu menjahit sejadah IMAN yang kian terkoyak Lantaran ada langkah-langkah yang tersasar, Semoga tabah dan tetapkan iman… Biarlah kita keseorangan, Tanpa berteman, Biarlah malam, Tanpa sinar rembulan, Biarlah tidur, Tanpa dihiasi mimpi indah, Tapi, Jangan biarkan hatimu sunyi, Tanpa sepotong ayat, Ayat suci AL-QURAN

Sunday 24 February 2013

Kalau lah bulan biasa bicara....

Bisik ku kepada mu bulan
Kembalikan teman ku
Kekasih ku, syurga ku....
Tanpa dia,
....Malam menemani ku
....Sepi memeluk ku

Bulan jangan biar siang
Biar alam ini kelam
Biar ia sepi
Seperti ku....


Desiran angin kesepian pantai
Air tenang mudik ke hulu
Sayu sungguh pohon melambai
Gelora di jiwa siapa yang tahu


rINDUNYA....

 Dh lama sebenarnya nak update blog tp entah kenapa jari jemari ini terasa kaku amat.. rindu gile ok kt blog aku ni!! Hari-hari yang ku lewati agak membosankan.. walau cbuk dengan tugasan yang x pernah ada noktahnya.. 
Semalam sedang aku asyik melayari internet.. tiba-tiba ntah macmana cerita.. gambar... info.. tentang dia yang pernah mengisi diari hidupku dulu ada pulak di laman web yang aku layari...
Tiap kali aku cuba untuk melupakannya tiap itu juga hal begini terjadi pada ku.... 
Aku dah lama redha dengan ketentuan ilahi bahawa kami memang dah tiada jodoh... Biar pernah suatu ketika dulu dirinya amat payah ku padamkan dari kenangan ku... Tapi ....aaaarrrrghhh... 
Namun walau apapun .. aku hanya mampu mendoakan agar dia bahagia... tapi nyata nyata lah dia nampak hepi jeerrr.. Aku???? ntahlah... hanya allah yang maha mengetahui ... moga suatu hari kebahagiaan yang sebenarnya dapat kukecapi...Amin...