Wednesday 2 October 2013

SUBHANALLAH

Kenapa Allah turunkan hujan tatkala matahari masih lagi bersinar?
Sesungguhnya Allah itu maha mengetahui dan bijaksana di atas setiap keputusan yang dilaksanakan.
Begitu jua pabila Allah mendatangkan ujian kepada hambanya.. setiap dugaan itu bukan bertujuan untuk menyiksa hambanNya malah ia akan mendekatkan lagi seorang hamba kepada Penciptanya.

Allah itu maha adil dan bijaksana, dia takkan menguji hambanya jika ujian itu tidak tertanggung oleh hambanya. Kerana kasih sayang Nya maka dugaan itu diturunkan. Kita harus bersyukur dan berterima kasih kerana itu menunjukkan bahawa Allah masih ingatkan kita, menyayangi kita dan berada dekat dengan kita..

Hanya keredhaan akan meningkatkan kekuatan iman.....


No comments:

Post a Comment