Monday 17 February 2014

.... suatu hari nanti....

ingatkah dirimu pada waktu- waktu dulu... aku sering menyambutmu di saat engkau jatuh..
Akulah yang selalu membuat kau tersenyum walau diri ini sering terluka... aku jua yang selalu hadir untuk mu di saat kau perlu...
Moga suatu hari kau akan sedari itu...

Monday 10 February 2014

episod 1 : sambungan... bahagia

Kadang-kadang kita terleka dengan nikmat yang Allah beri. Kealpaan itu membuatkan kita terlupa untuk mensyukuri nikmat yang di anugerahkan. Kasih sayang Allah itu ditunjukkan dengan berbagai cara. Kebahagian juga merupakan ujian Allah kepada hambaNya. Ada yang diuji dengan dugaan.. Sebagai hamba seharusnya kita ingat bahawa setiap dugaan yang diturunkan adalah bersesuaian dengan kesanggupan seseorang.

episod 1 : Bahagia

Jangan Mencintai Seseorang Setinggi Langit Kerana Langit Boleh Runtuh..
Jangan Mencintai Seseorang Sedalam Lautan Kerana Lautan Boleh Surut..
Jangan Menintai Seseorang Sebesar Dunia Kerana Dunia Boleh Hancur…

Cukuplah Mencintai Seseorang Sehujung Kuku,
Walau Kecil, Walau Selalu Dipotong, Ia Akan Selalu Tumbuh…

Bahagia itu fitrah manusia, semua ingin bahagia. Andai ada yang mengatakan ' alangkah bahagianya aku kerana tidak bahagia' something wrong somewhere. Dah hilang akal agaknya orang tu. Yang pasti, sebagai seorang yang normal dan waras pasti akan berusaha mencapai kebahagiaan untuk diri.

Maksud bahagia sangat subjektif. Ia pastinya berbeza bagi setiap individu. Mereka yang di dalam kesempitan merasakan kelapangan itu merupakan bahagia.. Yang sakit merasakan sihat itu adalah bahagia.. Semua insan pasti mempunyai target yang spesifik untuk mencari kebahagiaan... 

Aku juga ingin mencari kebahagiaanku. Suatu ketika dulu, aku ingatkan aku telah jumpa dengan kebahagiaanku tatkala aku mengenali kamu. Seorang yang pria sederhana tampannya.. soft spoken.. caring.. pendek kata semua kriteria jejaka idamanku ada pada kamu. Aku rasa bahagia sangat. Tika itu akulah insan yang paling bahagia di alam maya ini. Bicaramu yang lembut, nasihatmu yang berpanjangan bagaikan kamu adalah takdirku yang selama ini aku cari. 




Wednesday 5 February 2014

hakikat wanita...

wanita, digelar penyeri dunia dan kehadirannya melengkapkan hubungan manusia. Adam juga sunyi tanpa Hawa. Namun akalnya yang senipis bilahan rambut... maka tebalkannya dengan limpahan ilmu... hati wanita umpama kaca yang rapuh... kuatkanlah ia dengan iman yang teguh.

Wanita tercipta dari rusuk lelaki... bukan dari kaki untuk dialasi... bukan jua dari kepala untuk dijunjung...
Tetapi, dekat di bahu untuk di lindung... dekat jua di hati untuk di kasihi.....

Mana mungkin lahirnya bayangan yang lurus elok, jika datangnya dari kayu yang bengkok, begitulah peribadi yang dibentuk.

Didiklah wanita dengan keimanan dan  bukannya harta ataupun pujian...

KELEMBUTAN BUKAN KELEMAHAN BUKAN JUA PENGHINAAN DARI TUHAN...