Monday 10 February 2014

episod 1 : Bahagia

Jangan Mencintai Seseorang Setinggi Langit Kerana Langit Boleh Runtuh..
Jangan Mencintai Seseorang Sedalam Lautan Kerana Lautan Boleh Surut..
Jangan Menintai Seseorang Sebesar Dunia Kerana Dunia Boleh Hancur…

Cukuplah Mencintai Seseorang Sehujung Kuku,
Walau Kecil, Walau Selalu Dipotong, Ia Akan Selalu Tumbuh…

Bahagia itu fitrah manusia, semua ingin bahagia. Andai ada yang mengatakan ' alangkah bahagianya aku kerana tidak bahagia' something wrong somewhere. Dah hilang akal agaknya orang tu. Yang pasti, sebagai seorang yang normal dan waras pasti akan berusaha mencapai kebahagiaan untuk diri.

Maksud bahagia sangat subjektif. Ia pastinya berbeza bagi setiap individu. Mereka yang di dalam kesempitan merasakan kelapangan itu merupakan bahagia.. Yang sakit merasakan sihat itu adalah bahagia.. Semua insan pasti mempunyai target yang spesifik untuk mencari kebahagiaan... 

Aku juga ingin mencari kebahagiaanku. Suatu ketika dulu, aku ingatkan aku telah jumpa dengan kebahagiaanku tatkala aku mengenali kamu. Seorang yang pria sederhana tampannya.. soft spoken.. caring.. pendek kata semua kriteria jejaka idamanku ada pada kamu. Aku rasa bahagia sangat. Tika itu akulah insan yang paling bahagia di alam maya ini. Bicaramu yang lembut, nasihatmu yang berpanjangan bagaikan kamu adalah takdirku yang selama ini aku cari. 




No comments:

Post a Comment